Monday 13 July 2009

Salam

Assalamualaikum kepada semua.
semoga antum sekalian dirahmati dan diberkati Allah.
semoga blog al-Qalami ini memberi faedah kepada pengunjung, kerana Al-Qalami ini saya harapkan menjadi tempat sumber ilmu dan perbincangan. sebarang cadangan, pandangan, teguran dan kritikan sila berikan dan ana terima dengan hati terbuka [Insya Allah].

Al-Qalami ini merupakan projek saya sejak 2 tahun yang lalu dan Alhamdulillah tibalah juga masanya saya mempamerkan kepada khalayak. tajuk pertama iaitu Twikarma merupakan percubaan untuk melihat sejauh mana penerimaan para pengunjung. juga artikel ini saya dedikasikan kepada Zehann Ur Rakhie kerana saya merupakan peminat novelnya.

saya jugak tak nafikan sebahagian besar artikel dan sumber saya juga dari blog. saya kumpulkan dan kompilasikan dengan maklumat yang saya ada. saya meminta maaf dan berterima kasih kepada saudara yang saya ambil postingnya untuk dijadikan maklumat dan rujukan post saya.

saranan saya terutama saudara agama. Bacalah dan tuntutlah ilmu.
kita tidak akan rugi.
kita akan menjejaki para nabi kekasih illahi.
juga para ulama sufi.

Nabi Adam dijadikan khalifah bumi kerana ilmu.
sehingga Allah memerintahkan para Malaikat supaya sujud padanya.
Nabi Idris membutakan sebelah mata Iblis juga dengan ilmu.
disinilah jika kita lihat, ilmulah merupakan jalan menewaskan syaithan.
dan islam itu jugalah merupakan ajaran agama Allah yang penuh dengan ilmu.

saya ulang lagi sekali.


BACALAH.

No comments:

Post a Comment