Monday 13 July 2009

Twikarma

TWIKARMA

Go to fullsize image

Twikarma ataupun jadi-jadian meupakan salah satu ilmu mistik yang bukan sahaja didapati dalam penceritaan bangsa melayu malahan juga bangsa asing yang lain, bangsa Inggeris misalannya. Sesungguhnya perkara ini kadangkala menimbulkan keganjilan apabila ilmu yaang sebegitu mistik di dalam bangsa melayu ini dapat dijumpai persamaan nya dengan bangsa eropah yang terletak berjuta batu jauhnya daripada kepulauan nusantara ini, melainkan pengajar dan pendukung ilmu ini merupakan dari segolongan manusia daripada kelompok yang sama. Si pemuja syaithan. Ilmu jadi-jadian ada dikatakan syirik kerana menuntut si penuntut ilmu ini memuja iblis sebelum dikurniakan kebolehan menjelmakan twikarma ini.

Di sepanjang pengkaryaan Zehann Ur Rakhie melalui karya novelnya ‘Rahsia Agenda Alam Hitam’, twikarma merupakan elemen utama di sepanjang penceritaan novel ini. Malah twikarma ini juga telah dapat mengaitkan bangsa melayu dan bangsa eropah melalui satu alam mistik yang amat terhijab dari golongan manusia biasa. Novel ini menceritakan tentang Massurya Shah yang dilahirkan untuk menentang saudaranya yang merupakan golongan alam Hitam yang mempunyai organisasi sulit di Eropah dan memuja Iblis serta melakukan koban manusia.

Malahan didalam novelnya juga Zehann telah menceritakan secara tidak langsung mengenai hierarki cetusan twikarma.

Yang pertamanya ialah harimau jadian[the panthera], merupakan cetusan twikarma yang tertinggi dan terkuat, bukan semua manusia boleh mencetuskan twikarma harimau jadian melainkan yang mempunyai susur galur darah keturunan Raja Alam Hitam sahaja. Yang istimewanya, harimau jadian hanya terkenal di dalam ilmu mistik melayu sahaja, sehingga jata negara Malaysia mengambil harimau sebagai lambangnya. Malah di dalam novel Zehann pun bangsawan alam hitam hanya mampu menjelma sebagai kelawar sahaja tidak terkecuali Dark Doyen yang merupakan penguasa alam hitam ketika itu. Di dalam novelnya hanya Massurya syah dan Juan Kilaninta sahaja yang mampu mencetuskan twikarma harimau jadian. Kedua-duanya merupakan anak kepada Mas Gurana. Lagenda tradisi persilatan melayu juga mengambil harimau sebagai simbul kekuatan dan keberanian. Antaranya aliran Silat Cekak Harimau.

Tiwikrama!

Yang keduanya ialah kelawar jadian [dracula the vampire], merupakan twikarma yang tinggi dan selalunya dikatakan sebagai golongan bangsawan Alam Hitam. Di benua eropah amat dikenali sebagai vampire dan vampire yang paling terkenal sekali ialah count dracula . merupakan penghisap darah manusia dan tinggal di istana. Didalam kisah underworld, vampire merupakan komuniti bangsawan bertaraf tinggi dan maju dan raja vampire pertama merupakan Marcus anak Cornelius diikuti oleh Victor, Lucas dan Emilia. Manakala di dalam sejarah melayu terkenal dengan lagenda Raja Bersiung. Di dalam novel Zehann terdapat banyak sekali watak bangsawan eropah yang mampu mencetuskan twikarma kelawar, antaranya Doyen. Juan Kilaninta juga mampu mencetuskan twikarma sebagai kelawar. Lagenda Count Dracula terkenal di Erpah dikatakan berasal dari wilayah Bavaria. Manakala di tanah melayu, si penghisap darah ini dipanggil dengan beberapa nama antaranya pelesit dan pontianak, namun kaitannya dengan twikarma kelawar tidak dapat dikaitkan.

View Image

Yang ketiganya ialah ular [medusa the gorgon] merupakan cetusan twikarma dan selalu dikaitkan dengan wanita. Didalam lagenda barat yang terkenal ialah Medusa yang dikatakan mampu menukar manusia kepada batu hanya melalui pandangan matanya yang membunuh. Di dalam kisah Harry Porter and the chamber of secret menggunakan konsep Medusa kepada ular raksasa belaan Slytherine iaitu Basiliks. Lagenda perempuan berambut ular ini juga terkenal di benua kecil india dan kadangkala patung ular dipuja dan disembah. Lagenda Medus sebenarnya berasal dari mitologi greek dimana Medusa sebenarnya disumpah oleh dewi menjadi Gorgon.

Go to fullsize image

Yang keempat ialah serigala [lycanthrope the wolf] tidak banyak diceritakan oleh Zehann, tambahan pula serigala jadian tidak dikenali didalam penceritaan bangsa melayu jika dibandingkan dengan harimau jadian.namun twikarma ini merupakan jadian yang amat popular di sebelah benua eropah. Lycan amat digeruni kerana dikatakan mangsanya akan diratah dan dirobek. Di dalam underworld diceritakan golongan lycan merupakan penjaga istana vampire diwaktu siang dan merupakan hamba kepada para vampire. Kemudian tercetus pemberontakan antara Lycan dan Vampire didalam cerita tersebut. Di dalam cerita itu juga menceritakan bahawa William,abang Marcus merupakan serigala jadian yang pertama. Manakala, di dalam kisah Harry Potter terdapat pula komuniti serigala jadian yang amat ditakuti manusia.

Go to fullsize image

Yang terakhir ialah anjing jadian [the canis]. Merupakan peringkat terbawah dan terlemah sekali dalam cetusan twikarma, dikenali sebagai jadian yang seringkali menyalak bulan mengambang penuh. Manusia biasa yang hina dan tergoda dengan hasutan alam hitam, bersetuju menjualkan sifat manusianya kepada iblis menuntut ilmu salah ini menjelma sebagai anjing jadian semata-mata ingin menjadi kuat, berkuasa dan digeruni. Didalam novel Zehann terdapat banyak sekali manusia yang terperangkap dengan tipu daya alam hitam menuntut ilmu twikarma untuk menjadi anjing jadian.


Go to fullsize image

Melihat kepada situasi sekarang, maka semakin jelas dan nyata bahawa ilmu mistik twikarma ini merupakan ilmu mistik yang diketahui di serata dunia, dan yang menghanyutkan manusia ke lembah alam hitam ini tidak lain dan tidak bukan ialah Iblis yang menggoda manusia yang dahagakan kekuatan, kuasa, pengaruh dan kehidupan yang kekal abadi. Menggoda manusia supaya mengubah fitrah kejadiannya kepada binatang. Dan diakhirnya nanti manusia-manusia inilah yang akan diseret bersama Iblis dan tentera syaithannya ke Neraka Jahannam.

3 comments:

  1. Salam,
    terimakasih atas makluman entri ini. nampaknya tak perlu bantuan apa pun. anta telah meluahkan rasa dan ia cukup.

    terimakasih.

    ReplyDelete
  2. salam...

    saya tak rasa ia cukup...
    ingin sekali menyambung dan meneroka alam twikarma neh....

    ReplyDelete
  3. salam wan..menarik juga pasal twikarma nih...
    faz pun ada baca tentang twikarma ni dalam 3 novel melayu karya ramlee awang murshid
    dalam novel tu ada menyebut pasal *manggala* iaitu *manusia serigala*
    manggala ni adalah hamba allah yg telah menjual nyawa nya pada iblis dan menjadi tunganggan iblis secara tidak langsung..
    mereka ditipu dengan kesenangan dunia dan kekuasaan.
    dalam novel tu, ada juga makhluk2 mistik yg lain..kalau nak pinjam bolehla..hehe

    ReplyDelete